Pengalaman IVF: Proses In Vitro Fertilisation Sebagai Rawatan Kesuburan

Kepada yang baru mengetahui tentang rawatan kesuburan untuk wanita, anda sudah pasti tertanya-tanya apa itu IVF? IVF atau lebih dikenali sebagai Persenyawaan in Vitro merupakan satu proses dimana telur diekstrak daripada ovari dan digabungkan dengan sperma dalam ceper kultur makmal.

Persenyawaan berlaku di dalam ceper atau gelas kaca. Setelah disenyawakan telur yang menjadi embrio dan akan ditanamkan ke rahim untuk kehamilan berlaku.

Sekali kitaran rawatan IVF mengambil masa kira-kira 2 minggu dan harga IVF di Malaysia juga berbeza berdasarkan keberkesanan dan sesi rawatan.

Rawatan ini telah terbukti berkesan di mana beribu-ribu bayi telah dilahirkan melalui kaedah IVF di seluruh dunia sejak tahun 1978.

 rawatan kesuburan lelaki

Sejauh Manakah Prosedur IVF Yang Berjaya?

Untuk proses IVF berjaya adalah kira-kira 40% hingga 50%, di mana sebab utama adalah disebabkan oleh faktor umur pesakit wanita. Secara amnya, semakin muda usia wanita, semakin tinggi kadar kejayaan untuk kehamilan melalui rawatan IVF.

Selain itu, penyakit yang berkaitan ginekologi seperti sista ovari dan Endometriosis juga dapat mempengaruhi kadar kejayaan pengalaman IVF.

 ivf malaysia

Adakah IVF Sesuai Untuk Semua Wanita Yang Mengalami Masalah Kesuburan?

Malang sekali, terdapat beberapa faktor di mana IVF tidak akan berhasil. Salah satu faktor ialah wanita yang tidak mempunyai rahim, wanita yang berusia 45 tahun keatas yang tidak menghasilkan telur.

Kepada yang mempunyai pasangan lelaki yang mengalami Azoospermia, di mana ketidakupayaan untuk menghasilkan sperma, tidak boleh menjalani rawatan IVF.

Oleh itu, pasangan mungkin perlu mempertimbangkan ibu pengganti atau derma sperma. Pada masa ini, kedua-dua pilihan ini tidak dibenarkan di klinik rawatan kesuburan di Malaysia kerana dasar agama dan polisi undang-undang.

Apakah Perbezaan Fizikal Antara Bayi Yang Dilahirkan Melalui IVF dan Kelahiran Semula Jadi?

Walaupun bertentangan dengan beberapa kepercayaan, bayi yang dilahirkan melalui IVF adalah sama dengan mereka yang lahir secara semula jadi.

Anda juga mungkin tertanya-tanya, adakah mungkin untuk meramalkan jantina bayi dek keran bayi “tabung uji” adalah “buatan manusia”?

Pemeriksaan genetik preimplantation (PSG) merupakan satu siri ujian yang dilakukan untuk menilai embrio bagi mana-mana penyakit genetik yang dapat mempengaruhi jantina embrio.

Berapakah Kebarangkalian Untuk Mendapat Pasangan Kembar?

Untuk tips IVF yang berkesan, doktor kebiasaannya memasukkan dua embrio ke dalam rahim melalui IVF untuk meningkatkan peluang kehamilan dengan sekurang-kurangnya seorang bayi.

Dengan kata lain, terdapat juga beberapa kes dimana kedua-dua embrio menghasilkan kembar. Walaubagaimanapun, risiko dengan kehamilan kembar lebih tinggi berbanding kehamilan tunggal.

Pada masa kini, negara-negara Barat yang menjalani rawatan IVF dengan embrio tunggal untuk mengurangkan kehamilan kembar. Dengan kata lain, ini boleh menjejaskan kadar kejayaan rawatan kesuburan.

Apa Yang perlu Dilakukan oleh Anda?

Bagi seorang ibu yang telah hamil selepas IVF yang berjaya, adakah lebih baik untuk menjalani kelahiran secara bedah Caesarean atau menjalani kelahiran normal?

Bagi bayi tunggal, tidak ada perbezaan di antara kelahiran semula jadi atau pembedahan Caesarian – semuanya adalah terpulang kepada anda untuk menentukan kaedah kelahiran anda.

Untuk kembar dan kehamilan berganda, kebanyakan doktor pakar mencadangkan kelahiran secara bedah Caesarian untuk mengurangkan risiko komplikasi.

 rawatan kesuburan untuk lelaki

Persediaan dan Penjagaan Diri Sebelum, Semasa dan Selepas Prosedur IVF?

Kepada wanita yang ingin meningkatkan hasil keberkesanan rawatan kesuburan, anda digalakkan mengambil asid folik seperti Vitamin B9 setiap hari.

Ini merupakan satu nutrisi yang penting untuk pertumbuhan bayi, dan pengambilan asid folik dapat membantu pencengahan bayi daripada mengalami kecacatan utama, seperti kecacatan tiub saraf atau bibir sumbing.

Seterusnya, anda juga digalakkan untuk berunding dengan doktor untuk mendapat nasihat profesional sebelum mengambil apa-apa suplemen. Bagaimanapun, perancangan untuk IVF akan berbeza-beza bergantung kepada individu sendiri.